Click to open sidebar

We do professional website and web applications. We are based in Kuala Lumpur, Malaysia.

We help transform your awesome business into an awesome website.

Read more about us

Close ( ESC )
Malaysia's Website and Web Applications Development Agency
Post Image
SocMed vs Website

SocMed vs Website

Ada dalam kalangan pemilik perniagaan yang biasanya keberatan untuk membuat website sendiri kerana merasakan akaun media sosial yang sedia ada sudah mencukupi. Namun, sebenarnya, untuk sesebuah perniagaan atau organisasi itu benar-benar berkembang, memiliki website sendiri adalah satu keperluan.

Apakah perbezaan antara website dan laman media sosial, dan kenapa penting untuk sesebuah organisasi itu memiliki website sendiri?

Perbezaan paling besar antara sebuah website dan laman media sosial adalah website anda adalah milik anda sendiri, manakala laman media sosial pula adalah milik sesebuah organisasi lain. Justeru, dalam laman media sosial, apa yang anda tayangkan kepada pelanggan dan fungsi-fungsi yang boleh dimuatkan adalah terhad kepada peraturan dan apa yang dibenarkan oleh pemilik laman media sosial itu. Contoh paling jelas: anda boleh menyediakan perkhidmatan pembayaran online melalui website anda, tetapi tidak di laman media sosial.

Namun, kedua-dua laman media sosial dan website mempunyai kekuatan yang tersendiri. Laman media sosial sangat efektik untuk mendapatkan trafik. Oleh sebab itu, langkah paling baik adalah untuk membina dan menggunakan kedua-dua laman media sosial dan website secara sinergi.

Website juga sangat penting untuk membina imej. Tidak ada satu pun organisasi besar di dunia ini yang tidak memiliki website sendiri! Dengan memiliki sebuah website yang profesional, anda seolah-olah mempunyai sebuah pejabat publisiti yang beroperasi 24 jam sehari dengan capaian ke seluruh dunia! Website yang profesional juga membolehkan anda bersaing secara lebih dekat dengan organisasi-organisasi yang lebih besar.

Maka, jika anda masih belum mempunyai website, bina website anda sekarang. Jika anda mempunyai website tetapi rekabentuk dan fungsi-fungsinya sudah lapuk, sekarang masanya untuk anda mengemaskini website anda.


-----

Untuk khidmat membina website / aplikasi web, hubungi: 011-20884110

Website development services by AMZ IT Solutions Get your responsive, SEO-friendly, professional website from AMZ IT Solutions. Contact us now for a free quotation.
Close ( ESC )