Click to open sidebar

We do professional website and web applications. We are based in Kuala Lumpur, Malaysia.

We help transform your awesome business into an awesome website.

Read more about us

Close ( ESC )
Malaysia's Website and Web Applications Development Agency
Post Image
Programmer Perlu Kuasai Dua Subjek di Sekolah

Programmer Perlu Kuasai
Dua Subjek di Sekolah

Ingin Menjadi Programmer / Web Developer? Kuasai Dua Subjek Ini Di Sekolah.

Sekiranya ada seseorang yang anda kenali berminat untuk membina karier sebagai seorang programmer (pengaturcara) atau web developer, pastikan mereka menguasai dua subjek ini ketika di bangku sekolah. Jika sudah tamat persekolahan pun, dalami kembali dua subjek ini. Dua subjek ini adalah ilmu alat yang penting untuk memudahkan mereka menguasai konsep-konsep dan teknik-teknik penting dalam pengaturcaraan. Berdasarkan pengalaman kami bergelumang dalam dunia pengaturcaraan semenjak awal 90-an, ramai orang yang sukar memahami ilmu-ilmu pengaturcaraan apabila tidak menguasai dua subjek alat yang penting ini.

Dua subjek tersebut adalah Matematik dan Bahasa Inggeris.

Kenapa matematik penting?

Subjek matematik adalah penting kerana subjek matematik mengajar seseorang itu cara berfikir mengikut aturan logik yang berstruktur. Aliran struktur logik ini adalah sangat penting kerana dunia pengaturcaraan adalah tentang aturan logik, tentang struktur. Seseorang yang menguasai cara fikir matematik, akan sangat mudah untuk menguasai cara fikir seorang programmer.

Kenapa Bahasa Inggeris penting?

Bahasa Inggeris adalah sangat penting juga kerana kebanyakan artikel dan forum-forum diskusi tentang hal-hal berkaitan pengaturcaraan adalah dalam bahasa Inggeris. Artikel dan forum-forum diskusi ini adalah sangat penting kerana dunia pengaturcaraan adalah dunia yang sangat dinamik. Aktiviti pengaturcaraan adalah aktiviti yang sangat kompleks, justeru ada banyak masalah yang pasti akan dihadapi oleh seseorang programmer itu. Oleh sebab itulah ada banyak forum-forum diskusi di dalam Internet yang merupakan platform sokongan di mana para pengaturcara dari seluruh dunia akan berkongsi masalah dan solusi. Teknologi-teknologi baru juga sentiasa diperkenalkan dalam dunia pengaturcaraan justeru seseorang programmer itu perlu sentiasa mengetahui tentang perkembangan-perkembangan tersebut. Sebagai contoh dalam membuat rekabentuk laman sesawang (website design), teknologi jQuery diperkenalkan pada tahun 2006 yang telah memperkenalkan banyak fungsi-fungsi baru dalam laman sesawang. Kini (tahun 2021), teknologi REACT pula telah diperkenalkan sebagai alternatif kepada jQuery. Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, adalah sukar untuk seseorang web programmer itu untuk mempelajari teknologi-teknologi baru ini.

Maka, jika anda sekarang adalah merupakan seorang pelajar sekolah yang berminat untuk mendalami dunia pengaturcaraan, kuasailah dua subjek tersebut. Jika anda berminat untuk mula mempelajari web coding walaupun tanpa asas pengaturcaraan, hubungi kami (AMZ IT Solutions) untuk menempah kelas bersemuka di sekitar Kuala Lumpur: 011-20884110.

Website development services by AMZ IT Solutions Get your responsive, SEO-friendly, professional website from AMZ IT Solutions. Contact us now for a free quotation.
Close ( ESC )