Click to open sidebar

We do professional website and web applications. We are based in Kuala Lumpur, Malaysia.

We help transform your awesome business into an awesome website.

Read more about us

Close ( ESC )
Malaysia's Website and Web Applications Development Agency
Post Image
5K Sebab Perniagaan Kecil Mesti Ada Website Sendiri

5K Sebab Perniagaan Kecil
Mesti Ada Website Sendiri

Biasanya, perniagaan-perniagaan kecil tidak memiliki website sendiri; manakala boleh dikatakan SEMUA perniagaan atau organisasi yang besar pasti akan mempunyai website mereka sendiri. Sebenarnya, adalah sangat penting juga untuk sesebuah perniagaan kecil memiliki website mereka sendiri. Khususnya, bagi membolehkan mereka bersaing dengan perniagaan-perniagaan lain yang lebih besar.

Ini adalah 5K sebab kenapa sebuah perniagaan kecil itu mesti mempunyai website sendiri.


#1 Kredibiliti

Memiliki sebuah website akan memberikan anda kredibiliti, membezakan perniagaan anda daripada para penipu (scammers). Latarbelakang perniagaan anda yang boleh disemak melalui website akan menunjukkan bahawa perniagaan anda adalah sebuah perniagaan yang sah.


#2 Kesungguhan

Membuat website memerlukan kos. Maka, apabila anda memiliki website sendiri itu menunjukkan kesungguhan anda yang tinggi terhadap perniagaan anda. Kesungguhan yang ditunjukkan melalui website anda akan memberikan keyakinan kepada pelabur dan pelanggan anda.


#3 Katalog

Dengan mempunyai website sendiri, anda telah membina sebuah katalog dalam talian yang membolehkan anda menunjukkan semua produk dan perkhidmatan anda kepada sesiapa sahaja, di seluruh dunia. Orang Malaysia yang sedang melancong ke London pun boleh membelek-belek katalog anda melalui website anda.


#4 Kedai 24 jam

Website anda adalah kedai online anda. Istimewanya kedai online ini, kedai ini berfungsi secara automatik dan sentiasa dibuka selama 24 jam sehari, 365 hari setahun. Disebabkan kedai ini adalah kedai milik anda sendiri, anda boleh meletakkan apa sahaja produk dan perkhidmatan tanpa ada apa-apa sekatan.


#5 Khidmat Pelanggan

Anda boleh menawarkan khidmat pelanggan (secara umum dan asas) kepada para pelanggan anda melalui website anda. Anda boleh memaparkan jawapan bagi soalan-soalan yang lazim ditanya, anda boleh menyediakan borang untuk mendapatkan pertanyaan daripada pelanggan, dan anda juga boleh menyediakan fail-fail untuk dimuat turun oleh pelanggan anda.


Maka, jika anda merupakan pemilik sebuah perniagaan yang kecil dan anda masih belum mempunyai website sendiri, melaburlah dalam pembinaan website untuk membina imej perniagaan anda yang hebat! Hubungi kami untuk khidmat membina website profesional:

011-20884110

Website development services by AMZ IT Solutions Get your responsive, SEO-friendly, professional website from AMZ IT Solutions. Contact us now for a free quotation.
Close ( ESC )