Click to open sidebar

We do professional website and web applications. We are based in Kuala Lumpur, Malaysia.

We help transform your awesome business into an awesome website.

Read more about us

Close ( ESC )
Malaysia's Website and Web Applications Development Agency
Post Image
2 Panduan Elak Jadi Mangsa 'Phishing' Scammer

2 Panduan Elak Jadi Mangsa
'Phishing' Scammer

Taktik “phishing” adalah salah satu cara para penipu (scammer) untuk mencuri maklumat peribadi anda – khususnya maklumat perbankan. Walaupun pada ketika artikel ini ditulis, taktik “phishing” sudah tidak terlalu kedengaran digunakan, mungkin kerana banyak perkhidmatan online sudah mula mengaplikasikan sistem 2FA (two-factor authentication). Namun, adalah penting sebagai pengguna kita mengetahui cara-cara untuk mengesan “phishing” ini supaya kita tidak menjadi mangsa.

Kebiasaannya, para penipu akan bermula dengan menghantar mesej ke e-mel atau melalui sms yang menyuruh kita untuk klik pada pautan yang diberikan (mungkin dengan alasan untuk menyelamatkan akaun, menukar kata laluan, dan sebagainya).

Di sini saya kongsikan dua (2) panduan untuk mengesan penipuan melalui kaedah “phishing” ini.

(1) Laman web yang anda buka secara tiba-tiba memaksa anda memuat turun (download) sesuatu fail. Abaikan. Ada kemungkinan yang sangat besar fail itu adalah virus atau spyware yang berfungsi untuk mencuri data-data penting daripada komputer / telefon bimbit anda. Jika anda sudah memuat turun fail itu secara tidak sengaja atau jika fail itu terus dimuat turun secara automatik, jangan buka fail tersebut. Terus padam fail tersebut.

(2) Ambil perhatian pada alamat website tersebut (URL). Gambar rajah yang diambil daripada Maybank di bawah ini menunjukkan contoh URL yang digunakan untuk website “phishing”. Biasanya website “phishing” ini akan direkabentuk untuk meniru rupabentuk website asli. Tetapi, apabila kita memasukkan nama pengguna dan kata laluan, maklumat kita itu akan terus dihantar kepada si penipu.

(Source: Maybank2u)

Walaupun untuk perbankan online sekarang agak sukar untuk si penipu menggunakan website “phishing” semata-mata untuk mencuri duit kita, tetapi masih banyak tempat lain di mana para penipu boleh mencuri data kita dan seterusnya dimanipulasikan untuk merosakkan kehidupan kita.

Oleh sebab itu, ambil perhatian pada URL website yang anda layari. Jika anda tahu URL rasmi bagi bank atau organisasi yang anda layari itu, bandingkan. Adakah sama. Lihat contoh di bawah, perbandingan antara URL yang betul (rasmi) dengan URL palsu:

URL Betul:

  • maybank2u.com.my

Contoh URL Palsu:

  • maybank2umy.com
  • campaignmay2u.com
  • maybank2uu.com

Jadilah pengguna yang bijak dan sangat berhati-hati. Para penipu online sangat licik. Seringkali dalam taktik “phishing” mereka menggunakan URL palsu yang kelihatan seakan-akan sama dengan URL yang sebenar!

Jangan jadi mangsa.


-----
Ikuti kami di Telegram: https://t.me/amzitsolutions
LIKE & FOLLOW: https://fb.com/amz.it.solutions

Website development services by AMZ IT Solutions Get your responsive, SEO-friendly, professional website from AMZ IT Solutions. Contact us now for a free quotation.
Close ( ESC )